Papan Elektornik

LETTERHEAD

LETTERHEAD
surau taman seri pagi

Wellcome

Thursday 20 June 2013

Kelebihan Masjid dan Orang-orang Yang Mengunjunginya

Setelah jelas diketahui bahawa masjid mempunyai kedudukan yang istimewa dan terpenting di dalam Islam kerana peranannya yang luas terhadap syiar dan penyebaran ajaran-ajaran Islam , maka sudah pastilah bahawa masjid-masjid itu adalah rumah yang mulia dan suci  yang mesti dipelihara dan dihormati dengan sebaik-baiknya.
Lantaran itu orang yang selalu mendampingi masjid dan beribadat di dalamnya disifatkan oleh Allah sebagai orang yang beriman sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran ;

Ertinya ;
Hanya satu yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, serta mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut ( kepada sesiapapun ) selain kepada Allah. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Ayat Al-Quran ini dikuatkan lagi dengan hadis-hadis daripada Rasulullah di antaranya, sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam
Ertinya :
masjid itu rumah ( tempat ibadat ) bagi tiap-tiap orang yang beriman. Dalam hadis yang lain
Rasulullah ada bersabda ;
Ertinya ;
"Apabila kamu melihat akan lelaki  yang melazimkan ( membiasakan ) diri ke masjid maka saksikanlah baginya dengan iman".
Dari Usman Radiallahu Anhu katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda Ertinya:
"Sesiapa yang membina sebuah masjid dengan hati yang ikhlas kerana Allah taala nescaya Allah akan membina sebuah rumah di syurga."
Ertinya ;
Dari Abu Musa Al Ashari Radiallahu Anhu katanya ,Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :"Orang yang lebih besar pahalanya dalam mengerjakan sembahyang ( masjid ) ialah yang lebih jauh serta yang lebih jauh lagi perjalanan ( dari tempatnya ke masjid ).


No comments:

Post a Comment